Wednesday, July 29, 2009

RALAT BENOR/SENGOTI


Apa yang berlaku hari ini cukup menakjubkan ,parti PAS miskin sehingga hutang berpuluh dan beratus juta,sedangkan anggota-anggotanya termasuk para pemimpinnya menjadi tokoh korperat dan kaya raya,memiliki rumah banglo besar,kereta mewah dan lain-lain kebendaan mewah.

Kekayaan yang mereka miliki tidak pula disumbangkan kepada parti. Sebaliknya,untuk pengurusan parti dan lain-lain, tidak habis-habis menyeru sumbangan daripada para ahli dengan mempergiatkan kutipan Tabung Jihad dan lain-lain tabung lagi,udah-udahlah buat kerja nak tipu ahli dan orang lain,tak takut Allah marah ke?

Monday, July 27, 2009

RENUNGAN


Maksud ayat surah Al-Anfal:60. "Dan sediakanlah untuk menghadapi mereka apa sahaja kekuatan yang kamu mampu, dan pasukan berkuda (yang dengan persiapan itu) kamu dapat menggerunkan musuh Allah SWT dan musuh kamu."

Ayat ini menuntut supaya umat islam menyediakan pasukan tentera yang mampu menggerunkan musuh. Ini bermakna ,negara wajib mempunyai pasukan tentera yang lebih kuat daripada apa yang ada di negara bukan islam.Kalau asyik bergaduh sesama sendiri yang tak tahu sampai bila akan selesai,saya fikir susahlah untuk melaksanakan tuntutan ayat ini. Yang paling mudah kita tolak saja parti yang banyak berdolak dalih dan cakap tak serupa bikin.

Wednesday, July 15, 2009

SALAM TOK GURU


gano tok guru sale lagu tu . Sale dengan oghe kafir tok tengok muko,kalu lagu tu tok guru retilah bahawa tok leh saing dengan oghe kafir harbi,tapi tok guru saing jugo demi nok jago politik sesatnya

Tuesday, July 14, 2009

Renungan


Bangsa Melayu Islam Malaysia hari ini cukup cemas lagi membimbangkan kerana asyik berbalah sesama sendiri,dikuatiri sedikit kuasa politik yang ada ditangan kita yang memungkinkan kita membina dan mengankat martabat agama, bangsa dan negara akan hilang sekelip mata sahaja,oleh itu marilah kita sama-sama membina kesatuan dan perpaduan tampa mengira dari parti mana kita datang demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara yang tercinta daripada terjerumus kelembah kehancuran dan kemusnahan seperti mana yang berlaku kepada sesetengah negara didunia ini.

Analisa PRK Manik Urai

Kemenangan tipis PAS kepada UMNO di Manik Urai merupakan satu petanda awal bahawa kepimpinan Dato Sri Najib sudah mula diterima rakyat,begitu juga Tan Sri Mahyudin yang merupakan orang no 2 negara yang begitu mantap gandinganya dengan orang no 1 negara .

Saya penuh yakin PRU ke 13 UMNO/BN masih dapat mengekalkan pemeritahanya,sebab rata-rata rakyat yang ditemui inginkan Malaysia menjadi sebuah negara yang aman damai, makmur, selamat dan dapat berniaga dengan maju.

Rata-rata kaum cina yang ditemui mengaku undi yang diberi kepada PR pada PRU ke 12 lalu dengan tujuan memberi keseimbangan di antara parti pembangkang dengan parti pemerintah,tetapi sebaliknya yang berlaku,iaitu kecelaruan ketidak tentuan dan perbalahan politik yang berpanjangan .

Bukan nasib rakyat yang diperbahaskan di parlimen,tetapi yang diperbahaskan ialah untuk mencari kelemahan masing-masing.

Jadi-jadilah kita kena tipu sepanjang masa,terutama oleh saudara Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Lim Kit Sing,Karpal Singh dan lain-lain lagi.
kemenangan tipis PAS di Manik Urai petanda awal angin perubahan BN mula diterima rakyat

Monday, July 13, 2009

pengajaran dari al-quran (surah al-imran)

Allah berfirman didalam al-quran yang bermaksud:- Berpegang teguhlah kamu pada jalan Allah jangan berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah keatas kamu ketika kamu dahulu berseteru lalu Allah satukan hati kamu,maka jadilah kamu bersaudara diatas nikmat Allah,ketika kamu berseteru dahulu kamu benar-benar sudah hampir jatuh kelurah jahamnam,maka Allah selamatkan kamu,demikian Allah menjelaskan kekuasaannya kepada kita. Firman Allah ini ada kaitan tentang peristewa yang berlaku di kota Madinah iaitu perkelahian dan perbalahan diantara puak Aus dan Khadraj,perkelahian dan perseteruan mereka sudah hampir membawa kelurah jahamnam,berkat mereka berpadu dan bersatu Allah selamatkan mereka.Pada pandangan saya yang cetek ini, apa yang berlaku berpanjangan diantara UMNO dan PAS ,elok sangatlah kalau dapat contohi apa yang telah dilaksanakan oleh kaum Aus dan khadraj semoga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat.