Monday, July 13, 2009

pengajaran dari al-quran (surah al-imran)

Allah berfirman didalam al-quran yang bermaksud:- Berpegang teguhlah kamu pada jalan Allah jangan berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah keatas kamu ketika kamu dahulu berseteru lalu Allah satukan hati kamu,maka jadilah kamu bersaudara diatas nikmat Allah,ketika kamu berseteru dahulu kamu benar-benar sudah hampir jatuh kelurah jahamnam,maka Allah selamatkan kamu,demikian Allah menjelaskan kekuasaannya kepada kita. Firman Allah ini ada kaitan tentang peristewa yang berlaku di kota Madinah iaitu perkelahian dan perbalahan diantara puak Aus dan Khadraj,perkelahian dan perseteruan mereka sudah hampir membawa kelurah jahamnam,berkat mereka berpadu dan bersatu Allah selamatkan mereka.Pada pandangan saya yang cetek ini, apa yang berlaku berpanjangan diantara UMNO dan PAS ,elok sangatlah kalau dapat contohi apa yang telah dilaksanakan oleh kaum Aus dan khadraj semoga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment